Polisi Penghantaran Produk dan Tuntutan Pemulangan

Polisi ini disediakan bagi menjamin ketelusan dalam perkhidmatan yang kami tawarkan dan memberikan anda jaminan keselesaan yang berpanjangan selama anda berurusan dengan kami. Sila baca dan fahami polisi ini dengan baik. Polisi ini menyentuh proses penghantaran barang, jaminan kualiti barangan yang dihantar dan pemulangan semula pakej.

Proses Pembungkusan Barang Tempahan

  1. Tempahan dan pembayaran yang dibuat sebelum jam 12 tengahari akan diproses pada hari yang sama.
  2. Semua tempahan akan diproses setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu serta cuti umum.
  3. Tempahan yang diterima pada hari cuti akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
  4. Tempahan dan pengesahan pembayaran yang diterima selepas jam 12 tengahari akan dibuat penghantaran pada hari bekerja berikutnya.
  5. Penghantaran barang tempahan bergantung kepada baki stok semasa.
  6. Semakan status penghantaran boleh dibuat melalui laman web (http://www.livingactive.net.my) melalui akaun anda.
  7. Semua tempahan akan dihantar melalui PosLaju atau mana-mana perkhidmatan penghantaran yang bersesuaian mengikut tempahan.
  8. Kos penghantaran akan dikenakan. Bayaran akhir yang dibuat semasa tempahan adalah meliputi semua kos yang perlu dibayar.

Kecacatan dalam penerimaan pakej dan pemulangan

  1. Pakej yang dihantar adalah dijamin kualiti pembungkusan dan berada dalam keadaan yang baik.
  2. Jangan terima pekej yang terbuka atau terkoyak 
  3. Sekiranya barangan yang anda terima berada dalam keadaan yang tidak elok, sila maklumkan kepada pihak kami dengan menyatakan kecacatan yang dialami pada produk yang diterima.
  4. Penggantian barang akan dibuat sekiranya pihak kami berpuas hati dengan aduan anda.
  5. Pembatalan dan pemulangan semula wang bayaran adalah tidak dibenarkan.
  6. Kos penghantaran semula ditanggung oleh pihak kami.
DISCLAIMER: Phyto Biznet Sdn Bhd shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.