Bagaimana membuat pembayaran menggunakan Perbankan Internet dan Kad Kredit

Untuk urusan checkout menggunakan Credit Card atau pun Internet Banking (sila rujuk pada maklumat jenis-jenis penerimaan pembayaran oleh Payment Gateway kami disini), ini adalah contoh sekiranya anda membayar menggunakan "CIMB Clicks". Lain-lain kaedah pembayaran adalah hampir sama dengan memilih pada bahagian pilihan jenis pembayaran yang akan diterangkan nanti.

Please note the Operating Hours for MEPS (Malaysia Electronic Payment System) . For MEPS the operating hours start from 7.00 am to 11.00 pm everyday. This time period applies only for FPX transaction but not for Credit Card. DO NOT make any payment after this operating hours.

Panduan pembayaran menggunakan CIMB Clicks (kaedah pembayaran lain adalah hampir sama dengan CIMB Clicks)

  1. Apabila anda telah selesai membuat pilihan barang tekan 'checkout' (terdapat di bahagian atas laman web Living Active Store)



  2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan aliran proses 'checkout' kami adalah mudah. Pada bahagian 'Payment Information' pilih NBE Pay Online Payment Gateway



  3. Tekan button "Place Order". Anda akan disambungkan ke payment gateway kami.



  4. Pada bahagian sebelah kiri pilih pilihan jenis pembayaran, Sila pilih method pembayaran yang akan dibuat, dalam kes ini pilih MEPS FPX untuk pembayaran melalui CIMB Clicks (Maybank, Public Bank, Hong Leong Bank dan Bank Islam juga boleh dibuat melalui MEPS FPX)



  5. LIhat maklumat bank yang boleh dibuat melalui MEPS FPX, dan tekan "Pay Online Thru FPX"



  6. Pilih jenis bank yang akan digunakan, klik setuju dan tekan button 'Proceed'



  7. Anda akan disambungkan ke perkhidmatan MEPS FPX.
     


  8. Login bank akan dipaparkan. Login ke akaun anda dan perhatikan pembayaran akan dibuat ke Netbuilder (Netbuilder telah dilantik oleh Wellness Connections Sdn. Bhd. untuk membuat kutipan pembayaran)



  9. Dapatkan TAC (TAC adalah PIN nombor yang dihantar ke handphone - untuk maklumat lanjut rujuk bank anda). Apabila PIN TAC telah diperolehi masukkan pada ruangan yang diberikan dan tekan Submit



  10. Pengesahan akhir akan dibuat dan klik button "Confirm"



  11. Sistem akan mengesahkan pembayaran dan anda akan dibawa semula ke laman web Living Active untuk pengesahan penerimaan pembayaran dan cetakan invois boleh dibuat. Salinan tempahan juga akan dihantar ke email anda.
  12. Selesai.

Sekiranya anda tidak jelas dan masih ragu-ragu anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami melaui +607.520 3799 atau melalui emel sales@livingactive.net.my

Semoga anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan.

 

DISCLAIMER: Phyto Biznet Sdn Bhd shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.